"Pejam celik, pejam celik,..."
Aku dapat merasakan masa berlalu dengan begitu laju. Setiap detik tak menentu memori-memori dan moment bersama rakan dan keluarga. Tengok-tengok aku dah tinggi. LoL. Motif aku nak update blog ni pun aku tak tau kenapa, tiba-tiba macam ada mood lepas baca satu buku ni. Aku ubah blog ni dari "ullyelle" ke "inibelogsampah" sebab aku nak ubah sesuatu yang lebih 'fresh'. Maklumlah, kita hidup ni makin besar, makin tua, so aku nak perkembangan isi dan content yang lebih matang dan up-to-date.
Matematik dan Falsafah
Sebenarnya aku benci matematik. Bukan benci sebab apa, aku benci nak mengira. Secara jujurnya, sifir pun aku tak hafal walaupun aku ni duduk kelas depan. Tak tau kenapa boleh dapat 5A dalam PMR, mungkin rezeki aku kot. Bagi aku, belajar matematik ni untuk elak dari kena tipu je dalam bab berjual beli. Walaupun aku ni sedikit sebanyak ada rasa nak jadi businessman, tapi aku tak pernah ambil kisah pasal matematik. Kalau kita tengok kebanyakan ahli perniagaan yang besar-besar, diorang bukan pandai sangat matematik, tapi diorang pandai nak manage and lead satu syarikat. Dengan bahasa dan komunikasi yang tinngi dan dengan budi pekertinya bahasa, matematik dapat dikalahkan. Ye lah, kalau peramah, minta harga murah pun dapat. Tapi kalau matematik pandai, pandai kira sajalah, murah tak dapat. Lol. Walaupun topik ni takda mengena pun dengan tajuk "Nafas Baru", ye lah, aku sengaja nak kongsi pendapat aku, walaupun korang tak hingin nak tau. Well, setiap manusia punyai pandangan yang berbeza. Ahaks.
SPM.... Kenapalah kau kemari....
Aku rasa macam tak puas nak enjoy. Tapi, too much enjoy will destroy our future. LoL. Memang kebijaksanaan kita akan diukur untuk mengetahui sejauh mana kita dapat pergi. Begitulah juga dalam hidup kita ni, tuhan bagi cabaran dan dugaan untuk uji kita dan untuk jadikan kita manusia lebih hebat dan setiap masalah yang tuhan beri ada hkmahnya. Ada yang sampai bunuh diri sebab tak dapat handle masalah, tapi masalah yang tuhan turunkan adalah sebagai tanda sayang kepada hambanya demi mendekatkan kepada agama. So, dah lama aku tak study. Aku harap dengan menulis blog ni aku dapat kurangkan aku punya ketagihan dan kelalaian terhadap kesenangan yang sedia ada.
"Apa yang aku melalut kat sini pun aku tak tau. Argh! Peduli apa, blog aku. Hahaha"
No comments:
Post a Comment