Assalamualaikum / Hi / Hello / Hola .etc....
Dalam topik ni aku nak bagi tau kat korang tentang *tanda-tanda seorang lelaki nak pikat perempuan.*(tapi aku rase lebih kepada cara-cara kot). Seorang lelaki sanggup buat ape saje untuk dapatkan perempuan tu. Tapi korang tau tak cara-caranya? Aku ada la info yang sedikit sebanyak dapat gak korang tau daripada tak tau. Hoho.
Pertama... Seseorang lelaki mesti akan cuba mintak no phone perempuan tersebut dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara "direct" atau melalui kawan2.
Kedua... Lepas dapat no phone, lelaki ni mula la buat2 salah send mesej atau tersilap dail. Ada gak yang siap tanye biodata empunye no phone tu.
Ketiga... Seterusnya, diorang akan selalu mesej korang. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke. Yang lebih dahsyat, pukul 2-3 pagi pun nak mesej lagi. Dalam ngantuk2 tu pun boleh kata mata masih segar lagi. Gila kan? Tapi itulah lelaki. Haha.
Keempat... Lepas tu pulak, dah penat2 mesej, die akan terus call korang. Konon bercakap lagi save daripada SMS.
Kelima... Dah rasa kukuh sikit cubaan memikat tu, dia akan ajak korang keluar. Keluar pergi makan ke, keluar temankn korang beli-belah ke, ape ke. Memang pandai diorang dalam bab2 mengajak ni.
Keenam.. Bila dah kenal lama sikit, mula la dia tukar panggilan dalam mesej. Bucuk, comot, sayang, abang, baby dan macam2 panggilan lagi
Ketujuh.. Kemudian, mula la mesej2 nakal. Konon2 nak lebih mesra dan bermanja la tu.
Kelapan.. Akhir sekali, sekiranya dia betul2 nak pikat korang, dia akan melamar korang dengan melafazkan sama ada dalam handphone, ada yang bersemuka masa makan, ada yang sanggup datang waktu malam sebab nak bersaksikan bulan. Huhu.
Well, tu aje yang aku tau. Kalau nak tau lagi, korang kena la alaminya sendiri. Mungkin cara2 ni tak ramai perempuan perasan sebab perempuan ni dia main layan aje. Sorry to say. Hoho.
Terima Kasih.
Fakta:
Lelaki - 9 akal, 1 nafsu.
Perempuan - 9 nafsu, 1 akal.
No comments:
Post a Comment