Sunday, June 30, 2013

Detik Hitam

Aku dah bosan asyik tengok Facebook dengan status-status yang membosankan dan "idealess" yang dipost oleh budak-budak masa kini yang majoritinya mentaliti semuanya nak hot. Haha. LOL. Point aku tulis artikel kali ni bukanlah berkenaan dengan budak hot.. tapi..

Ceritanya macam ni;

           Pada suatu hari, aku sedang enak menikmati hidangan aku di kantin sekolah aku. Tidaklah beberapa enak, tapi cukuplah hanya mengenyangkan perutku sahaja. Nasi goreng adalah hidangan wajib bagiku setiap kali masuk waktu rehat. Sedang ghairah menikati hidangan aku, tiba-tiba perutku sakit bagai dicucuk ribuan pedang. Aku seperti ingin memaki hamun kepada makcik kantin kerana hidangan yang aku makan itu adalah hidangan lebihan semalam. Tetapi aku bersabar saja kerana mungkin ada hikmahnya juga disebalik kejadian ini. Nak tak nak, aku mengambil keputusan untuk terus menghabiskan hidangan aku walaupun tak beberapa menyenangkan. 

    Ingin aku membersihkan tangan di sinki yang terletak di sudut kantin. Namun, setelah aku puas memulas paip, tiada setitik pun air. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas. Dalam perjalanan, aku diekori oleh rakan ku yang lain. Tandas yang aku masuk bukanlah tandas lelaki, tetapi tandas perempuan! Namun, tandas ini jarang digunakan oleh kaum hawa disekolah kerana ianya terletak di kawasan yang sunyi di hujung sekolah. Sekolah aku memang besar, berbentuk segiempat dimana ianya mempunyai 10 blok jika diasingkan dari tempatnya. Tandas ini juga amat dekat dengan kelas aku, sebab itulah aku mengunjungi tandas ini setiap kali loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat tamat.

    Aku melangkahkan kakiku dengan kaki kiri. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Maklumlah, tandas sunyi, jauh dari perhatian pelajar lain. Nak tau, tandas ni juga ada satu laluan khas yang sepatutnya disemen menjadi tembok kerana di sebelah tandas itu juga menghubungkan satu lagi tandas yang lain yang jarang sangat digunakan. Malah, laluan yang kesebelah sana hanya bergantung pada satu pintu sahaja. Kira tandas ni memang besar dan juga jarang diselenggara.
    
    Aku memulas paip, tiba-tiba air berpancuran, "alhamdulillah, ada air kat sini". Sedang aku membersihkan tangan, rakan aku yang lain juga turut buat apa yang patut di depan cermin. Lelaki, biasalah, betulkan rambut saja. Tiba-tiba, "shhuuuuurrrr", bunyi flush kedengaran. Apa yang pelik, tiada seorang pun kawan aku yang masuk tandas, semuanya hanya berdiri didepan cermin. "Fuck lah!" Apa lagi, aku menggelupur lari keluar tandas bersama kawan yang lain. Setelah keluar, aku mengharapkan ianya seorang perempuan, namun aku berasa hampa kerana ianya hanyalah seorang lelaki lembut yang tarafnya on-the-way nak jadi pondan (korang bayangkan lah sendiri macam mana). Memang, bengang gila la sebab lari macam nak mampus. Muka pula tengah serabai macam orang mabuk. Aku rasa, inilah Detik Hitam yang paling kelakar bersama rakan(bagi aku kelakar. Haha) dalam hidup aku yang aku harap tak akan berlaku lagi. Hahahaha.

    Point kat sini, aku nak bagitau; janganlah korang menggatal masuk tandas perempuan walaupun jarang digunakan sekalipun takut dijadikan fitnah, lebih-lebih lagi kalau korang masuk sorang-sorang, lagilah tak pasal-pasal kena tangkap khalwat. Gunakanlah tandas yang disediakan, penat orang kontrak buat tandas lelaki, semua sibuk nak masuk tandas perempuan nak ambil kesempatan. Jangan pula korang lupa nak baca doa masuk tandas takut ada pula tragedi yang tidak menyenangkan akan berlaku.

Sekian....

Blog ini dalah sebuah blog "indie" atau bebas dengan tidak mengisahkan tentang keindahan bahasa dan cerita-cerita yang membosankan tentang kegelian cinta dan sebagainya, tetapi mesej yang ingin disampaikan haruslah diambil kira sebagai tanda pengajaran.

1 comment:

  1. Hahahaha, time ni dengan aku. Yeahh aku ingat. - D -

    ReplyDelete